Monday, 25 April 2011

kisaH cinTe 3seGi dr seOrang kkAsih...

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan




Arwah Hazwan dihukum gantung kerana membunuh bekas tunang dia dan juga ex-boyfriend tunang dia. Perkara ini terjadi kerana bekas tunang dia itu kembali kepada ex-boyfriend sebelum satu minggu dari tarikh Hazwan dan tunang dia itu bernikah. Mungkin sebab terlalu marah menyebabkan dia sanggup membunuh orang yang dia sayang.
Dan lagu Cinta Tiga Segi atau juga dikenali sebagai Perangkap Cinta itu pula merupakan lagu nyanyian arwah Hazwan sendiri. Sebelum dia dihukum gantung, dia telah meminta untuk diberikan sebuah gitar dan sebuah perakam daripada pegawai penjara sebagai permintaannya yang terakhir. Dan itulah nyanyian yang korang dengar sekarang ini.

Aku ingatkan just ada lagu sahaja dekat blog Khai tu, rupa-rupanya video pembunuhan dia pun ada. Tapi aku pun tak pasti samada ianya benar ataupun palsu sebab perkara ini pun masih tidak disahihkan kebenarannya lagi. Tapi video tu memang kejam. Aku ingatkan just Hazwan (sekiranya dia) seorang je yang pukul perempuan (sekiranya bekas tunang dia) itu, rupa-rupanya ramai lagi yang pukul dan pijak-pijak perempuan. Kesian gak aku tengok. Dan part yang aku tak boleh blah sekali adalah bila batu konkrit dihempapkan ke atas kepala perempuan tu. Memang tak sanggup aku nak tengok lagi. Cukup la dua kali tengok.
Tetapi video itu tidak pasti lagi la betul ke tidak. Mungkin ada orang yang cuba menjadikan video itu sebagai video pembunuhan bekas tunang arwah Hazwan dan cuba dikaitkan dengan cerita arwah Hazwan. Semuanya tidak dapat dipastikan lagi. Nak tanya siapa pun kita tidak tahu.

No comments:

Post a Comment